Sunday, 31 January 2016

Comeback 2016 : Gel Foundation IN2IT

Assalamualaikum dan Hi ^_^

Selepas lama berehat daripada dunia blog ini akhirnya aku buat comeback. Yes! Haha Untuk tahun baru ni, aku nak buat sedikit review tentang... jeng jeng jeng.. 

Sebenarnya baru-baru ni aku mula berminat untuk menyelami dunia kecantikan ni ahaa mungkin sebab dah makin berusia dan ingin nampak 'ladies'.

Okay, video kat bawah ni khas aku buat untuk kawan-kawan yang nak mencuba atau mencari gel foundation jenama IN2IT. Tak silap produk ni berasal dari Thai dan bagi aku agak glamour hehe.

video

Aku pon tak sure sangat apa beza fungsi gel foundation dengan bb cream. Tapi untuk kali ni aku pilih gel foundation sebab nak tengok perbezaan coverage antara dua produk ni.


untuk yang malas bukak video hehe

Better coverage tapi masih kene tepek tebal sikit untuk tutup bekas jerawat kalau macam aku ni pakai nipis jadi tak fully coverage kat muka tu. Gambar tu memang tak jelas sebab ambik curi-curi dan terkene panahan cahaya matahari hehe

Sebagai hasilnya, gel foundation hasilkan better coverage berbanding bb cream dan agak tebal dan tak cair macam bb cream. Kelebihan gel ni banyak warna berbanding bb cream. Jadi sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tona muka. Biasanya, kalau kita pakai foundation yang warnanya agak cerah daripada tona muka kita, nanti nampak sangat yang kita cuba untuk nampak lebih cerah pada biasa. Biasalah sekarang 'ladies' suka nampak natural.


Tip untuk pilih warna gel foundation yang sesuai dengan kulit muka: pastikan kering dulu baru boleh tengok sesuai ke idok.


Sebagai contoh, aku guna rose beige dan warna dia sesuai sangat dengan kulit muka aku yang tak seberapa putih ni hehe Peace! muka aku memang jerawat tu macam kemestian, kalau jerawat tak naik pon bekas jerawat tu ada. Jadi, kene tepek tebal sikit 'for better coverage' haha. p/s tapi aku suka pakai nipis je jadi merah2 jerawat tu still nampak. Kalau nak bagi bintang per lima ... nora bagi 3 bintang!

Selamat mencuba ! ^_^


No comments:

Post a Comment